Dipetik dr Harian Metro:
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 1.75 sen seunit untuk skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.
Agihan itu lebih rendah berbanding tahun lalu iaitu agihan pendapatan lapan sen dan bonus satu sen seunit.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pembayaran itu akan akan memberi faedah kepada 6.56 juta pemegang saham yang melanggan 62 bilion unit ASB, membabitkan peruntukan RM4.22 bilion manakala pembayaran bonus membabitkan RM678.03 juta.
Katanya, pengiraan agihan pendapatan itu berdasarkan kepada baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember tahun ini manakala pengiraan bonus pula berdasarkan kepada baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu, bermula dari 1999 hingga 2008.
“Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 19 Disember ini sehingga 1 Januari 2009.
“Pendapatan agihan dan bonus itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit dan mereka boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 2 Januari 2009,” katanya pada sidang media pengagihan pendapatan ASB di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Mengulas prestasi pelaburan ASB, Ahmad Sarji berkata, dana ASB memperoleh pendapatan kasar RM5.13 bilion sehingga 10 Disember lalu.
Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM3.12 bilion atau 60.71 peratus kepada jumlah pendapatan kasar itu manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM1.58 bilion atau 30.75 peratus.

No comments:
Post a Comment