Aktiviti masa cuti Thaipusam hari tu, beli kipas, and lampu2 utk living hall je. Kipas beli kat Alfo kat SS2, and lampu2 tu sume beli kat kedai lampu kat DU.
Kipas ini steel colour. (ala2 silver gitu la)

Lampu yang bentuk 4 segi tu, beli 3 bijik, utk letak 2 kat living hall and 1 kat dining. Satu lampu tu RM248 nett. Kedekut ya amat cina tu takmau bagi disc wpun beli banyak, sbb katanya harga tu sekali dgn bulb tube, 3 bijik. Satu tu je dah RM25. What ever laaa kan. Klo ada kat kedai lain, mmg dah beli dah klo harga dorg lebih murah, tp dah survey kat banyak kedai lampu, mmg tak de yang mcm ni. Penat gak lah menyurvey dari satu kedai to another since last year. hahaha. End up beli gak kat kedai mahal ni. Isk!
Lampu untuk before kuar pintu umah.
Yang kaler silver tu tau.
So, total yang dibelanjakan utk lampu sahaja is RM814, utk kipas RM258. Insya Allah, bile ade rezeki nnt, nak tukar lampu kat sume bilik and kat centre antara bilik2 plak, dalam 4 bijik lagi ke
(sbb dia dah fall in love with that lampu, bile dah pasang kat umahnye, rasa cam cantikkk sangat). At the moment, furnishing kat living and dining hall lah, yang kene tip top dulu. hehehe. That is the main priority! Ye laaa, takkan nnt furniture sket nye cun and mahal, tapi pakai lampu kalimantang and kipas biasa jek. hahaha. Mau kene perli ngan org yang berkunjung nnt. *Eh takkan takde duit nak tukar kipas and lampu kot, yang lain2 cukup gempakk!* Itulah mulut orang, susah nak tutup.
All the switches kat umah tu, sumenye ditukar with this simtone switches. Utk satu umah costnye about RM800 plus, tp ni byr kat contractor lah, sbb they get a cheaper price. Fuhhhhh, sungguh laju pengaliran wang berlaku! Tapi we chose white colour, since dinding dah cat grey in colour kan, klo amik silver mcm tak cun lah plak. ;P
No comments:
Post a Comment